Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 21

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.

Mazmur Daud. 1Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya TUHAN.

Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia!

2Engkau telah memberinya hasrat hatinya

dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya.

3Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan;

Engkau memakaikannya mahkota emas tulen.

4Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan –

panjang umur untuk selama-lamanya.

5Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar;

Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan.

6Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya

Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu.

7Kerana raja percaya penuh kepada TUHAN;

dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat.

8Tangan-Mu akan memberkas semua musuh-Mu;

kekuasaan-Mu akan dapat mencari mereka yang membenci-Mu.

9Engkau akan membakar mereka dalam nyala api ketika Engkau murka.

TUHAN akan menyambar mereka dalam kemurkaan-Nya,

dan api itu akan memusnahkan mereka.

10Segala zuriat mereka akan Kaulenyapkan dari bumi,

dan keturunan mereka daripada kalangan anak manusia.

11Kerana mereka telah berniat jahat terhadap-Mu,

mereka menyusun rancangan yang tidak dapat mereka laksanakan.

12Oleh itu, Engkau akan membuat mereka undur;

Engkau akan membidik muka mereka dengan anak panah-Mu.

13Maha Tinggi Engkau,

Ya TUHAN, dalam kekuatan-Mu;

Kami akan menyanyi memuji kekuasaan-Mu.